ApA iTu CiNtA???

CiNtA iTu InDaH
Walaupun cinta itu tidak boleh dilihat, tetapi cinta itu adalah indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan ia bertopeng.

CiNtA iTu MeNgHaRaP bAlAsAn
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang mempunyai persamaan,
dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu dengan yang paling sesuai dengan jiwanya untuk bersatu kembali

CiNtA iTu MeNaKluKi
Sifat cinta itu mungkin menguasai. Dia mahu yang dikasihi itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

CiNtA iTu MeNgEtAhUi
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel yang berkaitan dengan cinta. Mereka tahu apa yang perlu mereka lakukan. Tapi cinta hanya tahi bercinta, ia tidah tahu akan peraturan cinta jika ia tidak diberi panduan.

CiNtA iTu SuCi
Ramai yang mengatakan cinta itu suci. Sucinya cinta ia bukan mengharapkan balasan. Cinta juga mengharapkan balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa. Itulah sifat asalnya cinta, ia suci seperti bayi yang baru lahir. Mereka yang megetahui erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci ia bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

 

0 Responses to ApA iTu CiNtA???


src='http://ekhan.gitar1stindo.googlepages.com/ekhanscript.js' type='text/javascript'/>