Dialog antara "aku & mama"

Aku merupakan seorang jejaka yang agak sengal dan bengal. Aku ada berkenalan dengan seorang gadis yang sangat baik.. Mula2 kami hanyalah sebagai seorang teman biasa. Tapi lama kelamaan persaan sayang itu mula muncul dalam hati masing2. Setelah lama kami berkenalan dan sudah lama menyimpan perasaan, status sebagai "teman biasa" sudah bertukar menjadi sebagai "kekasih". Walaupun status bertukar, tp x banyak pun yang berbeza sebenarnya.. Masih berkongsi masalah bersama, sentiasa berhubung dan sebagainya. Cuma yang berbezanya mungkin dari kemesraan 2 lebih kot.. Manjanya lebih kot dari yang sebelum ni..hehe.. Panggilan pun da lain..hak2.. Agak lama kami berkasih.. So, masing2 pun dah x tahan memendam perasaan cinta ni, aku mengambil keputusan untuk berbincang dengan famly si dia. Sebenarnya takut juga.. Manalah tahu takut dorang x dapat terima aku yang sengal bengal ni..Naya nanti.hehe.. Lepas aku fikir habis2an, aku bertekad juga untuk berterus terang dan berbincang dengan famly dia.. Aku pun pilih hari yang sesuai untuk aku menghubungi famly dia..yalah, nak jumpa terus jauh.. Bila dah betul2 kompem barulah boleh pegi..Karang aku pegi melulu karang, ada juga yang kena halau nanti..hak2.. Masa aku cuti, aku cuba call papa c dia..tapi x dapat le pulok.. So, aku cuba call mama dia pulak..(moh kita ikuti dialog antara aku & mama c dia) :


(sambil2 tunggu panggilan di angkat, sempat juga la mengucap ciap2..jampi serapah..kohkohkoh) (tutttttttttttttttttttttt2..tutttttttttttttttttttttttttttttt2..bunyi tlfn)

aku: assalamualaikum.. (dup dap dup dap da jantung ni..hampir tekuar separuh..muahhaha)

mama : waalaikumussalam..sape ni?

aku : saya hakim..Bf kepada izza..erm..panggil saya kim je..ni mama kepada izza ek? (bukan name sebenar)

mama : ye saya mama kepada izza. oh hakim..yang izza pernah ceritakan dulu 2 ye..Ada apa2 ke yang terjadi dekat dia?

aku : eh. x adalah..apa ye yang boleh saya panggil? auntie?

mama : Panggil auntie pun boleh. Nak panggil mama pun boleh..kim asal mana ni?

aku : Boleh ke ni panggil mama?segan pulak saya..hehe..(dalam hati..wah! sporting gile mama dia ni..) kim asal klang je.. Kim x mengganggu mama ke ni?

mama : eh x adalah kim.. Mama pun x ada buat apa2 ni.. Boleh kim ceritakan sikit pasal kim pada mama?dahberapa lama ya kenal dengan anak mama? Yalah selama ni mama hanya dengar dari izza je.. sekarang mama nak tahu dari hakim sendiri pulak..(sambil ketawa) .

aku: boleh je ma.( da makin kurang sikit dah sejuk tangan n kaki aku ni..hak2) Kim ni x dalah dari keluarga yang berada.. Biasa je ma. Kerja pun biasa je.. Cuma sebagai ndlh( bukan pekerjaan sebenar.hok2) Tapi insyaallah mampu untuk tanggung anak mama.. Sebenarnya sudah lama kami berkawan, tapi baru sekarang kim bersedia untuk bercakap dengan mama sendiri. Ma, kalau boleh kim nak hubungan kami diretui oleh kedua2 keluarga kami. Kim pun da bagitau famly kim, dorang x kisah. sapa pilihan kim, ituah pilihan dorang. Kalau boleh juga kim nak minta izin pada mama untuk kim pegi sendiri ke rumah mama dan berbincang pasal kami dengan lebih lanjut. Kalau boleh kami x nak tunggu lama2 lagi ma. Kalau lepas kawin pun dia nak sambung belajar or apapun kim x kan halang but kim akan cuba support untuk dia.. insyaallah ma.(4 hari 4 malam duk hafal skrip neh. takut terslah nanti kene rejek plak.haha).

mama : Mama pun x kisah juga. Asalakan kim dpat bahagiakan dia, bimbing dia or sebagainya. itupun dah cukup. Kalau empunya badan dah setuju, mama x boleh kata apa2. Tapi bagi mama bincang dengan papa dulu ya.

aku : ok ma. Nanti bila dah bincang, mama call kim ya. Kim harap sangat ma coz kami dah sama2 sayang, sama2 suka dan kalau boleh kami mau hidup bersama hingga keakhir hayat kami.( perghhh..ayat x boleh blah betul.haha..geli usus aku..muahhaha).

mama : ye kim..jangan risau ya. Tapi mama harap sangat kim x akan kecewakan anak mama. ( cakap dengan penuh beharap)

aku : insyaallah mama. Kim janji kim x akan kecewakan dia. Oklah ma, nanti kita sambung lagi ya. terima kasih coz sudi berborak dengan kim. Kim minta maaf kalau kim ada terkasar bahasa masa kita berborak tadi.(bepeluh2 nak susun ayat penutup ni pun..muahhaa..).

mama : x adalah kim..ok kim..ingat pesan mama tadi..

aku : ok ma, take care..assalamualaikum...

mama : u 2..waalaikumussalam kim..

fuhhhhhhhhhh!!Lepas je letak hp aku menarik nafas lega yang panjang(agak2 panjang dari malaysia ke korea je ha..)aku tersenyum sendirian bila teringat kembali apa yang dibualkan degan mama sebentar tadi..sporting juga rupanya mama dia ni. Aku ingatkan garang ala2 pengetua aku yang dulu2 2 ha..Harap2 dorang dapat la terima aku.. Bukan senang juga ek nak berborak dengan bakal mertua. Ayat pun ala2 skema. Almaklumla takut kene rejek.. Ni pun 4 hari 4 malam ha aku berlatih cakap sorang2 depan cermin..muahhaa.. Sengal ubi betul aku ni. dahlah..nanti2 aku sambung meroyan lagi. Kang asyik menaip ni kang, x siap pulak kerja aku.

Cerita ini tidak ada kena mengena dengan sesiapapun kecuali dengan diri aku sendri je..muahhaa..ish3.. (nantikan nasi minyak aku bulan 5.Tapi tahun bila 2 aku x tahu lagi la..erks..hoho..MySpace

 

7 Responses to Dialog antara "aku & mama"

  1. nienakariena Says:
    oit teringin nak kawen dah kew? wkakakaka skema gile..ayat tak leh blah tul..

    bln 5 tahun tak sampai2 kan.. haha

    well selamekKkK jumpa mentua..
  2. sempoi_boyz Says:
    muahahhaha..nantikn nasi minyakku..muahhaha
  3. aDeR_ hAKu_kEsAh ?? Says:
    ini la kish cinte yg agk2 best la...mean..xdek la cbaran sgt mse bcnte ngn c die yea..n bgus sbb brani trus terang ckp ngan mak mentua..opss..bkal mk mentua....tp da trkntoi da...imginsi jew..hikhikhik....
  4. sempoi_boyz Says:
    wkakakkaka..tq dgn komen 2..ekeke..agk2 ade bakat x jd bakal pnlis yg mnjhnmkn cerpn?muahhaa
  5. 現在建築式™ Says:
    My Blog
    http://www.wretch.cc/blog/markacey
    Thanks for your share
    Nice to meet you

    Hsinchu, Taiwan
  6. djnash a.k.a nashpontian Says:
    hahahaha...
  7. aQ_La_tuE Says:
    kalu da asyik tlis mepek2 jew manew nyew pic akim ma leen tu...? =P
    nk gak tgok bkal istli tu...
    hekhek........
    =)

src='http://ekhan.gitar1stindo.googlepages.com/ekhanscript.js' type='text/javascript'/>